10,000 Orang Asli terputus hubungan akibat banjir, tanah runtuh

10,000 Orang Asli terputus hubungan akibat banjir, tanah runtuh

MOHD. Syahbuddin Hashim (kanan) melawat Orang Asli yang berpindah ke PPS SK Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Lebih 10,000 penduduk Orang Asli di beberapa buah pos pedalaman di daerah ini terputus hubungan selepas jalan perhubungan menuju ke penempatan mereka ditenggelami banjir dan tanah runtuh.

Antara pos yang terlibat ialah penduduk di sekitar Rancangan Penempatan semula (RPS) Kuala Betis, Pos Bihai, Pos Simpor, Pos Gob, Pos Belatim, Pos Balar, Pos Hau dan Pos Tohoi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, setakat ini hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di kawasan perkampungan Orang Asli iaitu bertempat di RPS Kuala Betis.

Menurutnya, Jabatan Kebaikan Masyarat (JKM) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah mula menghantar bantuan kepada penduduk yang terputus hubungan sejak semalam.

“Pihak JKM terpaksa menggunakan bantuan lori APM kerana jalan sudah dinaiki air dan hanya boleh dilalui dengan lori agensi terbabit.

“Dianggarkan hampir 10,000 penduduk Orang Asli kini terputus hubungan di daerah ini susulan hujan berterusan yang berlaku sejak empat hari lalu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat PPS di SK Kuala Betis dan menyertai operasi menghantar bantuan makanan kepada penduduk kampung Orang Asli yang terjejas.

Mohd. Syahbuddin memberitahu, kawasan Orang Asli di Pos Brooke dan Pos Blau juga terputus hubungan apabila jalan utama Gua Musang-Lojing dinaiki air.

Katanya, setakat petang semalam saya dimaklumkan lebih 100 orang mangsa berada di dua PPS dan dijangka akan lebih ramai berada di PPS.

“Pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan keselamatan dan keperluan mangsa banjir tidak diabaikan.

“Saya nasihatkan kepada mangsa banjir untuk sentiasa berwaspa dan berhati-hati dengan paras air serta bersiap sedia untuk pindah sekiranya diarahkan anggota keselamatan,” ujarnya.

Sementara itu, seorang mangsa banjir yang tinggal di PPS SK Kuala Betis, Rohana Alang, 35, dia terkandas untuk pulang ke rumah kerana laluan untuk ke Pos Belatim rosak teruk dan berlaku kejadian jambatan serta tanah runtuh.

“Saya tinggal di sini sejak kelmarin selepas tidak dapat pulang ke kampung akibat tanah runtuh dan jambatan runtuh.

“Saya tidak tahu berapa lama harus tinggal di PPS kerana hujan masih lagi lebat dan jambatan juga runtuh. Saya harap hujan reda dan kami semua boleh pulang ke rumah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya