Zarif, Madhuri dinobat olahragawan olahragawati UPM

Zarif, Madhuri dinobat olahragawan olahragawati UPM

AHMAD Farhan Mohd. Sadullah (tengah) bersama para penerima Anugerah Sukan Universiti Putra Malaysia di Serdang, semalam. Di sebelah beliau ialah P. Madhuri dan Muhamad Zarif Syahir Zolkepeli. – IHSAN UPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet memanah negara, Muhammad Zarif Syahir Zolkepeli dan atlet karate, P. Madhuri dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Putra Malaysia (UPM) 2023.

Kedua-dua atlet kebangsaan itu dipilih menerima pengiktirafan berkenaan dalam Majlis Anugerah Sukan UPM kali ke-37 yang disampaikan oleh Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, semalam.

Zarif Syahir, 24, dipilih kerana telah mengharumkan Malaysia dengan meraih pingat emas dalam Kejohanan Ranking Asia bagi acara recurve individu dan dua pingat emas dalam Sukan Universiti Dunia 2022 dalam acara recurve individu dan recurve team.

Madhuri pula meraih anugerah itu setelah memenangi emas dalam Kejohanan MAKAF Kebangsaan dan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 dalam acara kumite.

Dalam majlis itu, Ahmad Farhan turut merakamkan penghargaan kepada 182 atlet atas pencapaian memberangsangkan sepanjang tahun lalu termasuk ketika mempertahankan kejuaraan hatrik dalam Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIP) yang merangkul 39 emas, 19 perak dan 20 gangsa.

“Atlet UPM merupakan penyumbang kepada kejayaan negara di peringkat kebangsaan dalam tiga kejohanan utama negara pada tahun 2022 iaitu Sukan SEA 2021 pada Mei 2022, Sukan Komanwel 2022 dan Sukan AUG 2022.

“Kejayaan merangkul SUKIPT 2022 juga merupakan yang ketiga buat kontinjen UPM dalam lima edisi yang telah dipertandingkan sejak 2012,” katanya.

Dalam perkembangan sama, atlet lempar cakera negara, Sadat Marzuqi Ajisan dipilih merangkul anugerah Bintang Harapan Lelaki manakala seorang lagi atlet karate wanita, Siti Nur Azwani Nor Azli pula dipilih sebagai Bintang Harapan Wanita.

Seramai 182 atlet UPM turut diraikan dalam majlis itu sebagai menghargai jasa mereka yang telah mengharumkan nama universiti di dalam negara mahupun antarabangsa pada tahun lalu, termasuk pemberian insentif kecemerlangan kepada 19 atlet UPM yang terlibat dalam Sukan Komanwel 2022 serta 40 atlet yang telah menyertai AUG 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya