Young Tigers perlu Afrika Selatan, elak tercorot

Young Tigers perlu kalahkan Afrika Selatan, elak tercorot

Shahmie Irfan Suhaimi diasak benteng pertahanan Great Britain pada perlawanan SOJC di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Skuad remaja kebangsaan dituntut menebus maruah dengan menewaskan pasukan Afrika Selatan pada perlawanan penentuan tempat ketujuh dan kelapan Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) 2023 di Stadium Hoki Taman Daya, di sini petang ini.

Setakat ini skuad kendalian Muhamad Amin Rahim itu belum mencatatkan sebarang kemenangan dan tewas kesemua empat perlawanan sejak kejohanan itu bermula.

Menurut Muhamad Amin, pemain perlu bermain bermati-matian untuk memastikan Young Tigers merekodkan satu lagi kekalahan dan menamatkan kejohanan SOJC 2023 di kedudukan tercorot.

“Hari ini perlawanan yang mencabar maruah selepas kita tewas kepada Great Britain 4-7 dan terlepas peluang menamatkan kejohanan di posisi lebih baik sama di tempat kelima atau keenam.

“Pertemuan menentang Afrika Selatan ini adalah perlawanan terakhir kita dan berharap pemain akan bermati-matian untuk pastikan kita tidak berada di tempat terakhir,” katanya.

Katanya, proses pemulihan pemain yang alami kecederaan amat penting dan perlu diuruskan sebaiknya setelah mereka akan beraksi lagi dalam tempoh kurang 24 jam.

Selain itu, katanya, pemain juga perlu melangkah terus dan melupakan kekalahan 4-7 di tangan Great Britain pada malam tadi dan memberi tumpuan penuh pada perlawanan terakhir ini.

“Kita terima kekalahan itu dan akan memperbetulkan kesalahan yang telah dilakukan, sebagai contoh kita melepaskan lima gol padang pada perlawanan semalam walaupun Kita tahu akan kekuatan mereka, perkara seperti itu akan ditambah baik.

“Ada beberapa ketika pemain kita tidak mengikut apa yang dirancang sehingga pasukan dihukum pihak lawan, disiplin mengikut perancangan itu penting khususnya dalam perlawanan mustahak seperti ini.

“Dari sudut positifnya, kita berjaya memanfaatkan pukulan sudut penalti sebaiknya dan ini membuktikan kita bukan hanya bergantung pada seorang ‘flicker’ sahaja untuk membuat gol, ini juga akan diberikan penekanan selepas ini,” katanya.

Secara keseluruhan, tambahnya, banyak aspek yang perlu diperbaiki dalam tempoh beberapa minggu sahaja lagi sebelum Piala Dunia Remaja di Kuala Lumpur, bulan depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya