YB Kuamut jangan temberang, Bung Moktar ingatkan Masiung

YB Kuamut jangan temberang, Bung Moktar ingatkan Masiung

BUNG MOKTAR RADIN dan MASIUNG BANAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: “YB (Yang berhormat) merangkak-rangkak semasa jadi ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), jangan temberang…yang lain YB boleh temberang, (dengan) saya jangan. Jangan main peribadi sini, tidak boleh,” kata ADUN Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“Saya ini matang punya orang, bukan tidak faham pentadbiran negeri dan Persekutuan,YB silap. Saya ini cukup matang dalam segala-galanya jadi, saya tahu sejarah.

“Kalau YB cakap pasal sejarah, semasa YB masuk politik through (melalui) mana, through saya..saya yang bawa. Jadi, jangan temberang, dengan orang lain YB boleh temberang., “ujarnya semasa sesi perbahasan Baelanjawan egeri pada persidangan DUN Sabah hari ini.

Pertikaian tersebut menyebabkan DUN Sabah hari ini bertukar kecoh apabila Datuk Masiung Banah (Gagasan Rakyat-Kuamut) membuat serangan peribadi terhadap  Bung Moktar (UMNO-Lamag).

Tuduhan yang dilemparkan Masiung bahawa Bung Moktar selaku tokoh politik lama gagal memahami bidang kuasa Persekutuan dan negeri mengundang kemarahan ADUN Lamag tersebut.

Bung Moktar berkata, beliau tidak pernah menyentuh soal peribadi dalam perbahasannya semalam.

Beliau berkata demikian bagi membalas kenyataan perbahasan ADUN Kuamut yang membuat serangan peribadi terhadapnya.

Menurut Bung Moktar, beliau agak kecewa apabila projek yang dibawa olehnya di Kuamut dikatakan dibawa oleh Masiung.

Terdahulu dalam ucapan perbahasannya, Masiung berkata, beliau ingin menjawab tindakan Bung Moktar yang mencanang kawasan DUN Kuamut dan ADUN Kuamut apabila memberitahu semua permohonan di Kuamut diatur olehnya.

“Semalam ADUN Lamag cakap apa saya buat (di Kuamut). Speaker, dia (Bung Moktar) tidak tahu apa saya buat di Kuamut sebab satu penggal baru sekali dia masuk kawasan jadi, dia tidak tahu.

“Saya yang kena sentuh awal jadi, saya hanya menjawab. Abang saya ini (Bung Moktar) kira saya punya guru, saya punya sahabat tapi saya tidak tahu kenapa tiba-tiba (menyerangnya). Mungkin ADUN Lama ada cita-cita mahu tanding di Kuamut,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, beliau bersimpati dengan Bung Moktar kerana selaku seorang tokoh politik lama beliau masih gagal memahami peranan seorang ahli Parlimen dan ADUN.

“Memang saya hormati beliau tapi abang saya ini masih gagal fahami fungsi kerajaan negeri dan Persekutuan, masih gagal fahami bidang kuasa kerajaan negeri dan Persekutuan yang sering kali bekerjasama,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya