UMNO Pekan gesa siasat pemilik akaun Promosi PN Maran - Utusan Malaysia

UMNO Pekan gesa siasat pemilik akaun Promosi PN Maran

MOHD. FAKHRUL Akhmal Mohamed (tiga dari kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Paloh Hinai di Pekan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Pemuda UMNO Bahagian Pekan membuat laporan polis menggesa siasatan terhadap pengendali akaun Facebook Promosi PN Maran atas hantaran berunsur fitnah terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Ketua Pemuda UMNO Pekan, Mohd. Fakhrul Akhmal Mohamed berkata, laporan dibuat di Balai Polis Paloh Hinai di sini bagi mewakili keseluruhan kepimpinan UMNO Bahagian tersebut.

“Hantaran merujuk kepada petikan video pendek Wan Rosdy ketika berucap pada Himpunan Pahang 4Palestine yang diadakan pada 28 Oktober lalu di dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

“Hantaran yang dibuat pengendali Facebook tersebut kini menerima lebih 4,400 respon dan komen yang rata-ratanya mengecam, memperlekeh serta menghina Datuk Seri Wan Rosdy,” katanya ketika ditemui di sini.

Tambah Mohd. Fakhrul lagi, berdasarkan respon kepada itu, dia percaya bahawa hantaran tersebut dibuat dengan niat jahat, mengandungi unsur fitnah dan cubaan menghasut bagi mewujudkan kebencian dan tohmahan umum terhadap Wan Rosdy.

“Implikasi daripada hantaran tersebut jelas mencalarkan imej dan reputasi selain menjatuhkan maruah Datuk Seri Wan Rosdy sebagai Menteri Besar Pahang,” ujarnya.

Justeru itu, beliau berharap agar pihak berkuasa dapat menyiasat secara menyeluruh tujuan sebenar pemilik akaun Promosi PN Maran membuat hantaran terbabit.

“Saya juga berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemilik akaun terbabit di bawah Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya