UMK rekod kebolehpasaran graduan 92.5 peratus

UMK rekod kebolehpasaran graduan 92.5 peratus

RAZLI Che Razak ketika berucap pada Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen UMK Ke-13 di Dewan Tuanku Canselor UMK Kampus Bachok, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merekodkan kadar kebolehpasaran graduan sebanyak 92.5 peratus sehingga 24 Februari lalu.

Naib Canselornya,  Profesor Datuk Dr. Razli Che Razak berkata, pencapaian cemerlang tersebut mengatasi sasaran yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu 91 peratus.

Menurutnya, selain itu data Usahawan Graduan (Graduate Entrepreneur) untuk tempoh yang sama pula berada pada kadar 10.9 peratus sekali gus melepasi sasaran 10 peratus.

“Hal ini menunjukkan bahawa UMK berada pada landasan yang jelas dan tepat dalam usaha mencapai misi sebagai Universiti Keusahawanan Terunggul ASEAN pada 2026 dan Asia pada 2030,” katanya ketika berucap pada Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen UMK Ke-13 di Dewan Tuanku Canselor UMK Kampus Bachok,di sini hari ini.

Pada istiadat konvokesyen kali ini, UMK meraikan seramai 2,839 orang graduan yang bakal menerima ijazah masing-masing iaitu 25 orang graduan Ijazah Doktor Falsafah, 75 orang graduan Ijazah Sarjana, dan 2,739 orang graduan Ijazah Sarjana Muda. 

Dalam pada itu, Razli memberitahu, UMK telah melakar sejarah apabila tersenarai sebagai universiti muda terbaik di dunia pada kedudukan ke 501-601 berdasarkan penarafan Times Higher Education (THE) Young Universiti Ranking 2023 pada tahun ini.

Katanya pada peringkat Asia, UMK berada pada kedudukan 501-600 berdasarkan penarafan THE World University Ranking Asia 2023 yang sekaligus menempatkan UMK sebaris dengan universiti bertaraf dunia di benua Asia.

“Terbaharu, UMK telah berjaya tersenarai dalam pencapaian THE World University Ranking By Subject 2024 yang diumumkan pada 26 Oktober 2023 bagi tiga tiga subjek iaitu Perniagaan dan Ekonomi, Kejuruteraan dan Sains Fizikal,”katanya. .-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN