PETALING JAYA: Sebanyak tujuh hantaran e-mel diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) kononnya terdapat tujuh buah sekolah di sekitar Selangor dalam bahaya berikutan terdapat bom.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima kandungan e-mel itu hari ini memaklumkan terdapat bom di tujuh buah sekolah di negeri ini.
Kata beliau, antara lokasi ancaman berkenaan iaitu sekolah di Shah Alam, Petaling Jaya dan Kajang sebelum sepasukan polis digerakkan ke lokasi dinyatakan.
“Bagaimanapun sebaik unit pemusnah bom PDRM tiba dan membuat pemeriksaan mendapati perkara itu tidak benar.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan satu kenyataan media akan dikeluarkan berkaitan kes ini,” katanya. – UTUSAN