Tujuh PPS tempatkan 376 mangsa banjir di Kelantan

Tujuh PPS tempatkan 376 mangsa banjir di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan bagi menempatkan seramai 376 penduduk daripada 97 buah keluarga di negeri ini yang terjejas dengan banjir.

Kesemua mangsa banjir itu dari tiga daerah iaitu Pasir Pasir Puteh, Bachok dan Machang setakat pukul 8 pagi tadi.

Sekreteriat Pengurusan Banjir Negeri Kelantan dalam satu kenyataan berkata, sebanyak empat buah PPS yang menempatkan 302 mangsa dibuka di Pasir Puteh dan seramai 69 mangsa ditempatkan di dua PPS di Bachok.

“Hanya satu PPS dibuka di Machang iaitu di Sekolah Kebangsaan Pak Roman yang menempatkan lima mangsa daripada sebuah keluarga.

“Tujuh sungai utama di Kelantan mencatatkan bacaan normal, namun Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras amaran dan Sungai Semerak di Jambatan Melor pula berjaga-jaga,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya