Tidak serik bawa motosikal secara berbahaya, operator kilang didakwa lagi   - Utusan Malaysia

Tidak serik bawa motosikal secara berbahaya, operator kilang didakwa lagi  

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang operator kilang sekali lagi disabitkan dengan kesalahan jalan raya walaupun telah hilang kelayakan menunggang motosikal atas kesalahan terdahulu.

Hari ini dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan berkaitan menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya selain pertuduhan gagal mematuhi larangan sabitan terdahulu di bawah Seksyen 42(1). 

Tertuduh, Mohamad Nizam Afendi, 21, membuat pengakuan bersalah di hadapan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli. 

Mengikut kertas pertuduhan pertama dibawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan, tertuduh, sebagai penunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR telah menunggang kenderaan tersebut secara gopoh hingga membahayakan nyawa manusia. 

Perbuatan itu dilakukan pada 27 Ogos lalu, kira-kira pukul 1.35 petang di Kilometer 15 Lebuhraya Seremban-Port Dickson arah Seremban. 

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai enam bulan atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya sekali. 

Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 33(3) Akta Pengangkutan Jalan (APJ), tertuduh telah didapati dalam sabitan terdahulu hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu. 

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.

Nurul Saqinah kemudian menetapkan 28 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Port Dickson.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd. Zainal mencadangkan kepada mahkamah agar tertuduh diberi jaminan RM7,000 bagi kesemua pertuduhan dikenakan. 

Majistret kemudiannya menetapkan jaminan RM3,000 dengan masing-masing RM1,500 bagi setiap pertuduhan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN