Tiada lagi Messi, Ronaldo di Ballon d’Or

Tiada lagi Messi, Ronaldo di Ballon d’Or

LIONEL MESSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Bintang Argentina dan Inter Miami, Lionel Messi mengakui kemenangan kelapan anugerah Ballon d’Or bakal menjadi yang terakhir un­tuk dirinya.

Jelas pemain berusia 36 tahun itu, bermula tahun depan ia akan menjadi rebutan antara bintang-bintang baharu bola sepak Eropah.

“Tahun-tahun akan datang ia akan menjadi saingan sengit antara (Erling) Haaland, (Kylian) Mbappe dan Vinicius Junior.

“Ramai pemain muda akan bersaing merebut Ballon d’Or. Saya juga merasakan Lamine Yamal, yang masih muda tetapi beraksi cemerlang bersama Barcelona,” kata Messi.

Terdahulu, persaingan anugerah Ballon d’Or selama 13 tahun sebelum ini didominasi Messi ataupun Ronaldo namun karier kedua-dua pemain dilihat hampir ke penghujung.

Ronaldo, 38, yang kini bersama kelab Arab Saudi, Al-Nassr telah memenangi anugerah pemain terbaik itu sebanyak lima kali. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya