KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) telah megambil pelbagai langkah bagi memastikan kos untuk menunaikan ibadah haji tidak meningkat. Salah satu daripadanya ialah mengikat kontrak jangka panjang dengan penyedia perkhidmatan di Arab Saudi supaya harga tidak meningkat setiap tahun. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, kontrak tersebut antaranya melibatkan perkhidmatan penerbangan, penginapan dan sajian makanan untuk jemaah. Menurut beliau, daripada perkembangan semasa, Arab Saudi menambah kadar cukai daripada lima kepada 15 peratus bermula Julai 2020 sekali gus menjadi antara punca kenaikan ketara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya