Terkejut lihat pak belang 'berehat' di jalan Lojing-Gua Musang

Terkejut lihat pak belang ‘berehat’ di jalan Lojing-Gua Musang

TANGKAP layar yang menunjukkan imej seekor harimau yang sedang berehat di tepi jalan Lojing-Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang penumpang sebuah kereta terkejut selepas melihat seekor harimau belang sedang ‘berehat’ di bahu jalan semasa melalui Lojing-Gua Musang di kelmarin.

Mohd. Saiful Anuar Abdul Hadi, 28, berkata, kelibat pak belang itu disedarinya pada pukul 10.30 semasa bersama rakannya dalam perjalanan pulang ke Gua Musang dari Sabak Bernam, Selangor.

Menurutnya, terdahulu dia dan rakan singgah di Masjid Lojing untuk menunaikan solat Jamak sebelum menyambung perjalanan.

“Setiba di lokasi kejadian, saya ternampak kelibat haiwan liar itu seolah-olah sedang berehat di bahu jalan.

“Terkejut dengan kejadian itu, saya memaklumkan kepada rakan yang memandu kereta namun dia memberitahu tidak melihat kelibat harimau tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Saiful Anuar memberitahu, sejurus tiba di rumah rakannya dia terus memeriksa rakaman kamera papan pemuka kereta untuk mendapatkan kepastian.

Katanya, hasil pemeriksaan menjadi imej yang dirakam itu adalah seekor harimau belang.

Utusan Online 14 November lalu melaporkan, seorang pemuda berlari sejauh 100 meter sambil berkaki ayam untuk menyelamatkan diri selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai merempuh seekor harimau belang dalam kejadian Jalan Gua Musang-Jeli, di sini.

Kejadian pukul 9.30 malam itu berlaku semasa mangsa, Muhammad Zulhilmi Mokhtar, 26, yang menunggang motosikal jenis Honda C70 dalam perjalanan ke Sungai Terah untuk bermain badminton sebelum haiwan liar itu keluar dari kawasan hutan secara tiba-tiba.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya