Tanpa subsidi: Harga ayam turun RM9.40 dari RM10.40 di Pasar Balok - Utusan Malaysia

Tanpa subsidi: Harga ayam turun RM9.40 dari RM10.40 di Pasar Balok

PENGELUARAN daging ayam di Melaka mencecah 96,000 metrik tan setahun yang bernilai RM768 juta membabitkan SSR 282.17 peratus. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Hari pertama penamatan subsidi dan harga kawalan ayam hari ini menunjukkan harga sumber protein itu dijual RM9.40 sekilogram di Pasar Balok di sini, lebih rendah berbanding harga sebelum ini, RM10.40.

Peniaga, Ali Akbar Othman, 52, berkata, harga ayam dijual murah hari ini berikutan harga lebih rendah diperoleh daripada pembekal.

“Kita jual ayam ini ikut harga pembekal bagi… kalau pembekal bagi murah, kita jual harga murah, kalau pembekal bagi mahal terpaksa kita naikan sedikit harga,” katanya ketika ditemui di sini.

Ali Akbar berkata, berdasarkan trend dari penbekal, dia menjangkakan kemungkinan harga ayam akan semakin turun dan stabil.

“Dengan harga begini, bukan sahaja dapat memberikan kelegaan buat peniaga, malah juga pengguna.

“Sebagai peniaga, saya bersetuju dengan langkah kerajaan membuat pengapungan pada ketika ini, tapi saya masih menunggu apakah langkah yang akan diambil kerajaan berhubung kawalan harga bahan mentah ini sempena musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi.

“Kebiasaannya, setiap kali ada musim perayaan, kerajaan akan buat kawalan harga, dalam masa terdekat ada perayaan Deepavali dan adakah ada harga kawalan semula,” soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya