PETALING JAYA: Selepas 37 hari terkandas di tengah-tengah peperangan antara Palestin-Israel, rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron meluahkan perasaan bercampur baur selepas selamat meninggalkan wilayah bergolak tersebut awal pagi semalam. Berkongsi perasaannya kepada Utusan Malaysia, Nurul Ain, 37, lega kerana masih terselamat walaupun Semenanjung Gaza diserang tanpa henti oleh rejim zionis sejak 7 Oktober lalu malah berjaya keluar dari wilayah tersebut tanpa sebarang kecederaan. Bagaimanapun, pada masa sama, beliau sangat sedih kerana terpaksa meninggalkan keluarga mentuanya yang masih berada di Khan Younis dalam keadaan serangan berterusan saban hari. “Perasaan bercampur baur,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya