Sungai Golok masih lepasi paras bahaya

Sungai Golok masih lepasi paras bahaya

KEADAAN banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sungai Golok di Rantau Panjang dekat sini masih lagi melepas paras bahaya meskipun cuaca hari ini berada dalam keadaan baik.

Menurut laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my setakat pukul 6.30 petang ini menunjukkan paras air Sungai Golok berpada pada 9.02 meter.

Situasi itu menyaksikan beberapa kawasan masih lagi ditenggelami banjir iaitu Kampung Tersang, Lanchang dan Bendang Perol.

Bagaimanapun aktiviti perniagaan di zon bebas cukai Rantau Panjang masih berjalan seperti biasa dan laluan masuk ke pekan itu boleh dilalui semua kenderaan.

Setakat ini, seramai 27 mangsa dari tujuh keluarga berlindung pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh di sini selepas rumah mereka di tenggelami banjir.

Sementara itu, enam sungai utama di negeri ini menunjukkan bacaan normal kecuali Sungai Kelantan di Tangga Krai dan Temangan berada pada paras berjaga-jaga.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya