Sungai Golok lepas paras amaran, mangsa banjir dijangka meningkat

Sungai Golok lepas paras amaran, mangsa banjir dijangka meningkat

SEORANG penduduk meredah air untuk keluar selepas kawasan rumahnya ditenggelami banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini dijangka bertambah apabila Sungai Golok di Rantau Panjang dekat sini sudah melepasi paras amaran.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa buah kampung iaitu Tersang, Banggol Perol dan sekitar sudah ditenggelami banjir sejak semalam.

Sekretariat Pengurusan Banjir Negeri Kelantan dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 8 pagi paras air sungai itu berada pada tahap 9.09 meter.

“Bagaimanapun sungai-sungai utama di negeri ini iaitu Sungai Pergau (Jeli), Sungai Semerak (Pasir Puteh), Sungai Aring (Gua Musang), Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai) dan Tambatan DiRaja (Kota Bharu), Sungai Golok (Jenob, Kuala Jambu) berada pada paras normal,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, jumlah mangsa banjir di dua daerah terjejas iaitu Bachok dan Pasir Puteh menunjukkan penurunan pada pagi ini iaitu seramai 373 mangsa berbanding 376 semalam.

Katanya, kesemua mangsa dari 96 keluarga itu ditempatkan di enam buah pusat pemindahan sementara (PPS).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya