SPNB tidak pernah dilantik siapkan projek terbengkalai di Bandar Utama Tampin - Utusan Malaysia

SPNB tidak pernah dilantik siapkan projek terbengkalai di Bandar Utama Tampin

LAPORAN Utusan Malaysia mengenai kekecewaan pembeli fasa dua projek perumahan di Bandar Utama Tampin setelah projek berkenaan gagal disiapkan selepas 22 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) tidak pernah dilantik bagi menyiapkan projek terbengkalai di Bandar Utama Tampin di sini seperti yang dilaporkan akhbar ini semalam.

“SPNB ingin memaklumkan bahawa SPNB tidak pernah dilantik bagi menyiapkan projek terbengkalai di Bandar Utama Tampin seperti yang telah dilaporkan oleh pembeli,” menurut agensi tersebut menerusi kenyataan hari ini.

Utusan Malaysia semalam menerusi berita bertajuk Kecewa rumah terbengkalai 22 tahun melaporkan pembeli-pembeli bagi fasa dua sebuah projek perumahan di Bandar Utama Tampin di sini begitu kecewa apabila kediaman yang dinantikan mereka terbengkalai dan gagal disiapkan sejak tahun 2001.

SPNB dalam pada itu memaklumkan, sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya membaik pulih dan menyiapkan 36 projek terbengkalai dengan jumlah keseluruhan sebanyak 14,786 unit rumah di seluruh negara sejak 2003.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya