Sidang DUN: Taska JCC diperluaskan, beri manfaat golongan B40 - Utusan Malaysia

Sidang DUN: Taska JCC diperluaskan, beri manfaat golongan B40

KHAIRIN NISA ISMAIL menjawab soalan pada Sidang DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) bercadang memperbanyakkan Taska Jauhar Childcare Center (JCC) di setiap daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin Nisa Ismail berkata, pembangunan JCC perlu diperluaskan, khususnya kepada golongan sasar yang memerlukan dan bukan hanya untuk kakitangan awam. 

Beliau berkata, lokaliti yang diberikan tumpuan adalah di daerah Johor Bahru kerana merupakan kawasan bandar besar dan mempunyai kepadatan penduduk lebih tinggi berbanding daerah lain. 

“Pembangunan sebuah JCC di satu daerah ini terlalu kecil dan perlu diperluaskan supaya lebih ramai golongan B40 dapat menerima manfaatnya.

“Pembangunan JCC ini juga merupakan kemudahan sokongan bagi membantu wanita bekerjaya dalam mendapatkan khidmat jagaan anak dan pendidikan awal yang berkualiti dengan persekitaran yang kondusif dan selamat.

“JCC juga akan diperluaskan di kawasan komuniti dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) dalam membantu ibu bapa bekerja menghantar anak berhampiran kediaman mereka,” katanya menjawab soalan Datuk Mohamad Najib Samuri (BN-Parit Yaani) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Khairin Nisa berkata, YPKDT telah menubuhkan empat buah JCC, iaitu di Kota Iskandar, Pontian, Batu Pahat dan Muar pada tahun ini dan dua lagi dijangka beroperasi tahun depan di Segamat dan PPR Melana Indah Fasa 2, Skudai.

“Usaha ini akan diperluaskan bukan hanya di daerah Johor Bahru, malah di seluruh negeri Johor dari semasa ke semasa.

“Selari dengan tema Belanjawan Johor 2024: Memacu Pembangunan 

Menyejahterakan Rakyat, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM593,000 bagi menaik taraf dan membaik pulih bangunan sedia ada bagi JCC di PPR Desa Mutiara, RSK Taman Cendana dan bagi kerja-kerja awal pembangunan JCC Kluang serta pengoperasian JCC pertama dalam komuniti di PPR Melana,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya