Sidang DUN: 187 sekolah Johor sedia dijadikan PPS - Norlizah - Utusan Malaysia

Sidang DUN: 187 sekolah Johor sedia dijadikan PPS – Norlizah

NORLIZAH NOH ditemui selepas menghadiri Sidang DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Sebanyak 187 sekolah di negeri ini berada dalam keadaan bersiap siaga untuk dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir ekoran musim tengkujuh pada masa ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri, Norlizah Noh berkata, semua sekolah terlibat telah mengadakan mesyuarat bagi menyelaras situasi semasa banjir dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Setiap daerah terlibat, dengan jumlah paling banyak melibatkan Batu Pahat sebanyak 73 sekolah, Segamat (25), Kluang (22), Muar (16) dan Tangkak (15). Semua sekolah terlibat dalam keadaan siap siaga ketika ini.

“Johor perlu bersiap sedia berdepan monsun antara Disember hingga Januari akan datang dan pada tempoh itu sesi persekolahan masih lagi berlangsung. Oleh itu, matlamat kita adalah memastikan sesi persekolahan tidak terganggu walaupun berlaku banjir, ini termasuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya ketika ditemui semasa menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Norlizah berkata, antara persediaan itu termasuk  menempatkan perabot sekolah serta buku-buku teks tidak musnah dalam bencana banjir seperti yang terjadi, sebelum ini.

“Kita telah belajar daripada pengalaman apabila perabot atau perkakas yang berdepan risiko kerosakan akan dialihkan ke tempat selamat terlebih dahulu kerana sebelum ini kerusi bangku semua rosak, jadi kali ini kita buat persiapan betul-betul.

“Bagi calon-calon SPM pula, sekiranya sekolah mereka terjejas, kita akan pindahkan mereka ke tempat bersesuaian untuk terus mengambil peperiksaan itu.

“Kita juga tidak mahu ia ditangguhkan kerana akan menyebabkan kesulitan, khususnya kepada calon-calon kelak,” katanya sambil memaklumkan bahawa aspek pengurusan, pengendalian dan keselamatan ditetapkan berpandukan pekeliling Persediaan Menghadapi Banjir Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan atau Operasi Payung.

Operasi Payung itu dikeluarkan Pengarah Peperiksaan bagi memastikan keselamatan kertas peperiksaan, calon peperiksaan, petugas dan skrip jawapan calon dalam keadaan baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya