Siasat pengendali Facebook Promosi PN Maran hina Wan Rosdy - Utusan Malaysia

Siasat pengendali Facebook Promosi PN Maran hina Wan Rosdy

MOHD. IZZAT ILLZAM Rosidi (tengah) bersama kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut menunjukkan salinan laporan polis terhadap sebuah laman Facebook yang didakwa memfitnah dan membuat hantaran jelek terhadap Wan Rosdy Wan Ismail di Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: UMNO Bahagian Jerantut membuat laporan polis meminta pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap pengendali Facebook Promosi PN Maran kerana didakwa memfitnah dan membuat hantaran jelek terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Laporan itu dibuat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, Mohd. Izzat Illzam Rosidi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.

Mohd. Izzat Illzam dalam laporan polis menyebut laman Facebook berkenaan secara jelas cuba menjatuhkan maruah dan reputasi Wan Rosdy sebagai Menteri Besar.

“Dalam hantaran itu, Facebook Promosi PN Maran mengeluarkan fitnah terhadap Menteri Besar Pahang yang menyebut Apakah MB Pahang ini keturunan Yahudi ke?” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Mohd. Izzat Illzam, laman berkenaan menyiarkan petikan video pendek ucapan Wan Rosdy pada Himpunan Pahang 4Palestine pada 28 Oktober lalu di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Hantaran itu menerima 4,400 respon dan juga komen yang rata-ratanya mengecam, memperlekeh dan menghina Menteri Besar.

“Oleh itu, saya meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat secara menyeluruh tujuan sebenar pemilik atau pengendali akaun Facebook Promosi PN Maran
membuat hantaran sebegitu serta mengambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” katanya.

Turut hadir Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jerantut, Razaira Rashid Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut, Zainorin Abidin serta barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Jerantut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya