Sengaja cari publisiti murahan sebar fitnah terhadap Wan Rosdy - Utusan Malaysia

Sengaja cari publisiti murahan sebar fitnah terhadap Wan Rosdy

RAZAK DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pengendali Facebook Promosi PN Maran didakwa sengaja mencari publisiti murahan apabila memfitnah dan membuat hantaran jelek terhadap Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung ucapan Menteri Besar itu yang tersasul menyebut ‘Palestin hancur’ ketika Himpunan Pahang4Palestine di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini, Ahad lalu.

Pengerusi Biro Sosial Gabungan Ketua-Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab pengendali laman Facebook terbabit.

“Umum mengetahui himpunan besar-besaran oleh kerajaan Pahang itu tanda solidariti dan sokongan kepada rakyat Palestin yang ditindas dan diserang rejim zionis.

“Kerana terlalu bersemangat ketika berucap, Menteri Besar tersasul ketika berucap dan telah pun meminta maaf.

“Bukan Tok Wan (Wan Rosdy) tidak sedar, beliau sedar dan minta ia (kesalahan) tidak sebarkan. Kenapa masih sebar dan buat pula hantaran jelek?,” soalnya di sini.

Ahad lalu, tular rakaman video berdurasi 20 saat itu, yang disunting memetik Wan Rosdy menyebut ‘Palestin hancur’ sebelum beliau meminta maaf atas kesilapan itu.

Pada himpunan tersebut, lebih 10,000 orang menyertai himpunan yang dianjurkan kerajaan Pahang itu bagi melahirkan rasa simpati dan solidariti terhadap nasib malang rakyat Palestin yang terus ditindas, dizalimi dan dibunuh rejim Israel.

Dalam hantaran itu, Facebook Promosi PN Maran mengeluarkan fitnah terhadap Menteri Besar Pahang yang menyebut Apakah MB Pahang ini keturunan Yahudi ke?.

Hantaran itu menerima 4,400 respon dan juga komen yang rata-ratanya mengecam, memperlekeh dan menghina Menteri Besar.

Mengulas lanjut, Razak berkata, pengendali Facebook Promosi PN Maran sengaja membesar-besarkan isu tersebut demi meraih sokongan.

“Mereka ini dilihat seolah-olah ketandusan idea dan tindakan tersebut bagi kami amatlah memalukan ketika semua rakyat bersolidariti kepada rakyat Palestin.

“Kami berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya kepada pengendali Facebook berkenaan supaya ia menjadi iktibar kepada orang ramai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya