Saman tetap saman – Azwan Ali

Saman tetap saman – Azwan Ali

AZWAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nekad untuk memfailkan saman RM100 juta terhadap usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri, pengacara sensasi, Azwan Ali terkilan kerana diperlakukan seperti binatang oleh selebriti tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Azwan, 57, berkata, insiden yang tular tersebut bukan sengaja direka demi publisiti murahan dan dia akan memastikan usahawan kosmetik itu menerima padah kerana memalukannya.

“Dia cakap itu rambut palsu? Itu rambut aku tau. Dia tak hormat saya, tarik rambut dan seret pula itu. Sakit terasa sampai sekarang. Dia memang sengaja nak kenakan saya. Fitnah? Ramai jadi saksi.

“Sebelum rakaman dia memang ada cakap akan tarik rambut, saya jawab tariklah kalau berani. Rupanya dia buat segmen itu sepenuh hati. Macam anjing belaan dia buat. Biadab sungguh.

“Saya dan pihak peguam sedang mengumpul bukti. Perkara ini juga melibatkan dua negara. Sebab itu jumlahnya besar, memalukan saya,” ujarnya ketika dihubu­ngi semalam.

Sebelum ini, tular dalam media sosial apabila sebuah video menunjukkan usahawan kosmetik itu dilihat menarik rambut serta mengheret Azwan sewaktu berada di atas pentas bagi menjayakan sebuah program di Singapura.

Dalam pada itu, Azwan turut mendedahkan menerima beberapa panggilan telefon daripada rakan artis yang mahu dia meneruskan niat saman terhadap usahawan kosmetik itu disebabkan keceluparan dan perangai tidak semenggahnya selama ini.

“Dia memang rasa sangat bagus kan? Ramai orang sebenarnya sakit hati dengan perangai dia. Malah ada rakan industri telefon saya dan suruh saman sahaja. Dia selalu aniaya orang,’’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya