KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua sebatan ke atas Syed Saddiq Abdul Rahman yang didapati bersalah atas empat pertuduhan termasuk menyalahguna dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu. Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Ahli Parlimen Muar yang berumur bawah 50 tahun itu menjadi wakil rakyat pertama diperintah menjalani hukuman sebat atas kesalahan jenayah kolar putih iaitu bersubahat melakukan pecah amanah dan salah guna harta. Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid memerintahkan Syed Saddiq, 30, disebat selepas menolak permohonan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya