Rakyat Kelantan perlu teruskan solat hajat, Qunut Nazilah untuk Palestin

Rakyat Kelantan perlu teruskan solat hajat, Qunut Nazilah untuk Palestin

SEBAHAGIAN orang ramai berhimpun menjayakan Solidariti Palestin di perkarangan Masjid Ismaili Bandar Tumpat, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Komuniti Madani Tumpat mengajak seluruh rakyat negeri ini untuk terus memperbanyakkan solat hajat dan Qunut Nazillah secara berterusan kepada Palestin yang sedang berdepan penidasan rejim Zionis.

Pengerusinya Ahmad Shafik Ab. Rahman berkata, perkara tersebut merupakan tanda solidariti dan sokongan terhadap rakyat Palestin.

“Doa merupakan senjata orang mukmin. Jadi kita perlu gunakan kelebihan itu supaya kemenangan berpihak kepada Islam suatu hari nanti.

“Selain itu, kami juga akan bekerjasama dengan seluruh masjid di daerah ini untuk mengadakan solat hajat dan Qunut Nazillah setiap hari ini,” katanya kepada pemberita selepas himpunan Solidariti Palestin di perkarangan Masjid Ismaili Bandar Tumpat di sini hari ini.

Ahmad Syafik memberitahu, selain himpunan Solidariti Palestin pihaknya turut melancarkan tabung kemanusian.

Katanya, kesemua kutipan itu akan diserahkan kepada Akaun Amanah Kemanusian Rakyat Palestin (AAKRP).

“Pada masa sama, kita turut menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Al-Busyraa, Yayasan Dato Che Abdullah Al-Lambori, Skuad Peduli Rakyat Tumpat dan Cakna Harapan Tumpat dalam menggerakan solidariti ini,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya