Projek rintis SBA di 10 pintu masuk negara mula tahun depan - Utusan Malaysia

Projek rintis SBA di 10 pintu masuk negara mula tahun depan

SAIFUDDIN Nasution Ismail (tiga kiri) diberikan taklimat oleh Pegawai PGA semasa hadir merasmikan Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Pos Nibong di Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menjadikan 10 buah pintu masuk ke negara ini sebagai  projek rintis agensi tunggal sempadan (SBA) untuk melihat keberkesanan cadangan itu sebelum dilaksanakan pada tahun hadapan.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, buat masa ini kerja-kerja menyusun pelaksanaan itu sedang giat dilakukan dan KDN akan menggunakan baki tempoh dua iaitu November dan Disember ini sebagai persediaan untuk dilaksanakan pada suku pertama tahun hadapan.

Menurutnya, KDN berpandangan pintu masuk yang sibuk seperti di Tambak Johor Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur II (KLIA II) dan Lapangan Terbang Kota Kinabalu (Sabah) perlu diberikan perhatian untuk projek ini.

“Begitu juga dengan pintu masuk unik seperti Rantau Panjang Kelantan. Pintu masuk ini hanya sibuk pada musim-musim tertentu sahaja. 

“Oleh itu, kita akan membuat penilaian bagi memastikan ia dapat disesuaikan dengan pintu masuk terlibat” katanya pada Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Pos Nibong milik Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha KDN Datuk Ruji Ubi hari, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.

Saifuddin Nasution memberitahu, dalam menggerakan SBA ini KDN akan mengutamakan perjawatan sedia terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan jika tidak mencukupi keanggotaan.

Katanya, langkah itu akan mempercepatkan lagi pelaksanaan SBA ini.

“Selepas ini akan ada penyerahan tugas antara agensi terlibat di pintu masuk negara dengan SBA. Selepas itu akan ada nama khusus untuk SBA.

“Untuk makluman, mana SBA ini kita bincang dan putuskan oleh kerajaan selepas ini,” ujarnya.

Saifuddin berkata, projek rintis itu penting untuk kepupayaan SBA sebelum dilancarkan dengan jayanya selepas ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya