Projek rintis dasar gaji progresif dilaksana Jun tahun depan - Rafizi - Utusan Malaysia

Projek rintis dasar gaji progresif dilaksana Jun tahun depan – Rafizi

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan dimulakan dengan projek rintis pada Jun tahun hadapan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, projek ini melibatkan 1,000 syarikat yang memenuhi syarat kelayakan melibatkan pekerja bergaji antara RM1,500 hingga RM4,999.

“Pemilihan syarikat akan dibuat secara telus berdasarkan prinsip kesaksamaan, tahap keperluan sektor dan sokongan dasar.

“Penilaian impak projek ini akan dilaksanakan pada September 2024 untuk memastikan ketersediaan dasar sebelum dasar gaji progresif secara menyeluruh dilaksanakan kepada semua majikan dan ekonomi,” katanya ketika waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mengenai garis masa pelaksanaan gaji progresif.

Katanya, kertas putih dasar gaji progresif akan dibentangkan di Parlimen pada 30 November 2023.

“Dasar gaji progresif mempunyai tiga ciri asas iaitu pelaksanaan secara sukarela, kerajaan memberikan insentif untuk menggalakkan majikan dan pekerja menyertainya dan ia mestilah terkait dengan produktiviti.

“Dengan tiga ciri ini, dasar ini akan menjadi pelengkap kepada inisiatif gaji sedia ada iaitu perintah gaji minimum dan sistem upah dikaitkan produktiviti dengan memperkenalkan campur tangan terus kerajaan dalam menetapkan gaji di syarikat terutama sektor formal dan swasta,” katanya.

Katanya, dasar ini turut mendapat sokongan daripada Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).

“Maklum balas daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berharap supaya kerajaan berhati-hati supaya kumpulan separa kemahiran yang berumur bekerja antara 10 hingga 15 tahun tidak dikecualikan atau dipinggirkan daripada pelaksanaan dasar ini.

“Mereka juga selalunya menghadapi masalah kenaikan gaji bukan semata-mata kumpulan graduan yang baru mula bekerja dan perkara itu diambil maklum dan dimasukkan dalam dasar ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya