Projek Kompleks Sukan Rembau dijangka siap April 2024 - Utusan Malaysia

Projek Kompleks Sukan Rembau dijangka siap April 2024

PROJEK pembinaan Kompleks Sukan Rembau yang sebelum ini dikategorikan sebagai projek sakit dijangka disiapkan pada bulan April 2024.-GAMBAR/PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Projek pembinaan Kompleks Sukan Rembau di sini yang sebelum ini dikategorikan sebagai projek sakit dijangka dapat disiapkan pada bulan April tahun hadapan.

Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan, Roslan Mat Nong berkata, selepas pelantikan kontraktor penyelamat dilakukan, projek berkenaan telah dipulihkan dan status pelaksanaan kini mengikut jadual.

“Status pelaksanaan projek adalah mengikut jadual dan dijangka siap pada 26 April 2024.  Projek ini merupakan projek sakit yang telah dipulihkan melalui pelantikan kontraktor penyelamat dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) memantau rapi projek ini,” katanya.

Pada bulan Julai lalu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberitahu, Kompleks Sukan Rembau merupakan dua projek infrastruktur belia dan sukan di Negeri Sembilan yang dikategorikan sebagai sakit dan perlu disiapkan segera.

Sebuah lagi projek sakit yang telah diaktifkan semula itu adalah Akademi Pembangunan Belia Malaysia di Port Dickson.

Projek pembinaan Kompleks Sukan Rembau telah dimulakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018 dengan peruntukan sebanyak RM27 juta namun gagal disiapkan ekoran masalah dihadapi kontraktor.

ROSLAN Mat Nong (tiga dari kiri) ketika mangadakan lawatan pemantauan projek Kompleks Sukan Rembau yang turut disertai oleh pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, konsultan dan kontraktor projek.-GAMBAR/PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN.

Sementara itu, Roslan berkata, selain memiliki fasiliti padang bola sepak, Kompleks Sukan itu Rembau juga dilengkapkan dengan kemudahan balapan sintetik, gelanggang futsal, sepak takraw, bola keranjang dan bola jaring serta dewan serbaguna.

“Apabila siap kelak, ia diharap dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat dan digunakan sebagai instrumen memupuk perpaduan, meningkatkan kesihatan serta melahirkan atlet-atlet yang mengharumkan nama Negeri Sembilan dan negara,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya