Projek baik pulih tandas sekolah di Negeri Sembilan siap - Utusan Malaysia

Projek baik pulih tandas sekolah di Negeri Sembilan siap

ANTARA tandas sekolah yang telah selesai dibaiki dan dibaik pulih di Negeri Sembilan.-GAMBAR/PEJABAT PEMBANGUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Projek baik pulih dan penyelenggaraan tandas sekolah yang melibatkan sebanyak 169 buah sekolah di seluruh Negeri Sembilan telah siap sepenuhnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, menerusi maklumat yang diperolehnya dari Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan, kesemua projek berkenaan siap mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

“Kalau ikut maklumat yang saya terima, kita capai sasaran, selesai dengan 169 buah sekolah tersebut, saya ucapkan tahniah kepada kontraktor di Negeri Sembilan cuma ada satu yang lewat mula, selepas itu (kontraktor) dapat kejar dan sudah selesai projek berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya sama ada terdapat rungutan mengenai kualiti dan hasil kerja kontraktor terlibat, Aminuddin menjelaskan beliau belum menerima laporan mengenai perkara itu,

“Saya telah berjumpa dengan pihak Pejabat Pembangunan Negeri sebelum ini dan mereka memaklumkan menyatakan ia berjalan baik,” katanya yang turut memberitahu terdapat kira-kira 80 kontraktor terlibat dalam projek berkenaan di Negeri Sembilan.

Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini memberi tempoh tiga bulan kepada setiap sekolah untuk menyelesaikan kerja penyelenggaraan tandas sekolah masing-masing.

Ia demi keselesaan pelajar dengan peruntukan sebanyak RM70,000 diberikan kepada setiap sekolah terlibat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini juga memberikan jaminan bahawa proses baik pulih tandas di sekolah yang terlibat akan selesai hujung bulan lalu.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya