Program ADTEG RRIM HYDROBEAST bantu pindah teknologi

Program ADTEG RRIM HYDROBEAST bantu pindah teknologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Bilangan pekebun yang berkurang dan berselerak menyukarkan kakitangan agensi pelaksana untuk memberi perkhidmatan sepenuhnya kepada semua pekebun kecil.

Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pembangunan, Lembaga Getah Malaysia (LGM), Azuan Adinan berkata, isu ini menyebabkan aliran pemindahan teknologi dari LGM kepada pekebun kecil melalui agensi pelaksana seperti RISDA,Felda atau Felcra mengalami halangan.

Azuan Adinan

“Halangan yang dimaksudkan adalah seperti ketirisan pengetahuan, pengaruh keutamaan dan fokus agensi, pengaruh sosial dan harga getah di ladang.

“LGM melaksanakan aktiviti pemindahan teknologi kepada pekebun kecil tidak secara terus tetapi melalui agensi pelaksana,” katanya ketika berucap pada majlis Seminar Halatuju Pekebun Kecil Getah Negara 2023 di sini minggu lalu.

Jelasnya, bagi memastikan teknologi yang disampaikan dapat dilihat ulang oleh kakitangan pengembangan agensi pelaksana, konsep kebun contoh teknologi disyorkan.

Menurut Azuan, penubuhan kebun contoh teknologi diadakan di kebun pekebun kecil yang secara tidak langsung pemindahan teknologi terus kepada pekebun kecil dapat dilakukan.

Walau bagaimanapun, LGM telah menjalankan program rintis Adteg RRIM Hydrobeast yang bermula daripada pemilihan seramai 649 orang responden dengan keluasan tanah sebanyak 1,070.56 hektar sehingga ke peringkat terakhir iaitu data hasil dan laporan.

Secara umumnya penanaman getah di Malaysia boleh dianggap mampan kerana bebas daripada unsur penyahutanan serta berasal dari proses tanam semula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya