PRK Kemaman: Tiada cuti khas, pelajar boleh pulang mengundi

PRK Kemaman: Tiada cuti khas, pelajar boleh pulang mengundi

MOHAMED Khaled Nordin (tiga kiri) menyampaikan anugerah khas kepada salah seorang penderma darah pada Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Tahun Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Dewan Utama, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara dibenarkan untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Terengganu pada 2 Disember depan meskipun tiada cuti khas diperuntukan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bagaimanapun, kerajaan tidak menghalang pelajar untuk pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi meskipun tiada cuti khas.

Menurutnya, proses pengundian berjalan pada hari Sabtu yang juga merupakan cuti hari minggu selain tiada kelas pengajian dijalankan di semua IPTA ketika itu.

“Tiada cuti khas (untuk PRK Kemaman). Sekiranya ada rasa tanggungjawab untuk pulang mengundi, kita tidak halang.

“Hari mengundi jatuh pada hari Sabtu. Jadi, memang tiada kelas pada hari tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan 40 Tahun Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Dewan Utama, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, PRK Kemaman yang berlangsung 2 Disember depan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Raja Mohamed Affandi dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili Pas.

PRK Kemaman diadakan susulan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Abd. Hamid pada 26 September lalu.

Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis memutuskan demikian selepas mendapati wujud unsur sogokan kepada pengundi di kawasan parlimen terbabit sewaktu kempen Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pada PRU15 tahun lalu, Che Alias Hamid menang dengan majoriti 27,179 undi apabila meraih sebanyak 65,714 undi dalam pertarungan empat penjuru.

Che Alias berjaya menewaskan calon BN, Datuk Seri Ahmad Said yang meraih 38,535 undi, calon Pakatan Harapan, Hasuni Sudin (8,340 undi) dan calon Pejuang, Rosli Ab Ghani (506 undi).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN