PRK Kemaman: 393 warga PDRM, tentera undi pos - Utusan Malaysia

PRK Kemaman: 393 warga PDRM, tentera undi pos

SEORANG anggota polis membuang undi pos dalam beg undi SPR di IPD Kemaman di Kemaman, Terengganu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seramai 393 pegawai dan anggota polis termasuk tentera mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman semalam dan hari ini.

Ketua polis negeri, Datuk Mazli Mazlan berkata, daripada jumlah itu, seramai 342 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman dan Balai Polis Pasir Gajah di sini hari ini.

Katanya, seramai 45 anggota polis selesai membuang undi di Balai Polis Kijal dan Balai Polis Kerteh, semalam.

Menurutnya, enam anggota tentera juga turut mengundi secara pos, manakala tiga isteri anggota tentera akan mengundi awal di Balai Polis Kijal pada 28 November ini.

“Setakat pukul 11 pagi ini, seramai 149 anggota selesai mengundi pos, kita jangka kesemua 342 pegawai dan anggota polis selesai membuang undi hari ini,” katanya ketika ditemui selepas meninjau proses undi pos di IPD Kemaman di sini hari ini.

Proses undi pos itu bermula pada pukul 9.10 pagi selepas kertas undi pos diagihkan kepada anggota dan pegawai sebelum mereka memasukkan kertas undi tersebut ke dalam beg undi pos yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut Mazli, pendaftaran anggota polis yang sepatutnya mengundi awal, ditukarkan kepada pengundian pos berikutan ramalan cuaca buruk dan banjir yang dibimbangi berlaku.

“Kita bimbang pada hari pengundian awal berlaku banjir, jadi ia akan menjejaskan tugas-tugas menyelamat. Kita ambil langkah melaksanakan undi pos ini supaya tugas menyelamat mangsa banjir dapat diberikan fokus sepenuhnya.

Ditanya kemungkinan banjir ketika hari pengundian pada 2 Disember depan, Mazli berkata, segala perancangan telah diatur bersama SPR dan beberapa agensi berkaitan.

“Kita telah bersetuju dengan SPR, ada beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) yang dijadikan tempat mengundi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya