Polis terima tiga laporan ancaman bom palsu di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Polis terima tiga laporan ancaman bom palsu di Negeri Sembilan

AHMAD DZAFFIR MOHD. YUSSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis kontinjen Negeri Sembilan mengesahkan menerima tiga laporan mengenai ancaman bom palsu yang ditanam di tiga buah sekolah di negeri ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk
Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, laporan polis yang diterima masing-masing satu di daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau.

Menurut beliau, ancaman tersebut telah dihantar melalui dua
akaun e-mel iaitu [email protected],
dan [email protected].

“Sejurus sahaja menerima laporan polis mengenai penerimaan e-mel ancaman bom tersebut, PDRM Negeri Sembilan elah mengarahkan pasukan unit pemusnah bom Kontinjen Negeri Sembilan ke lokasi untuk jalankan siasatan lanjut.

“Polis dengan kerjasama pihak bomba serta pihak sekolah segera mengambil tindakan awal mengosongkan premis sementara siasatan dijalankan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau, hasil daripada siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang bom yang tertanam di tiga sekolah yang
dinyatakan dan emel tersebut adalah satu berita palsu yang mahu mendatangkan kegusaran kepada pihak sekolah dan ibu bapa.

“Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dan ibu bapa dinasihatkan untuk bertenang sekiranya menerima e-mel yang menyatakan ada ancaman bom di sekolah sebaliknya membuat laporan kepada pihak polis bagi membolehkan tndakan lanjut dijalankan.

“Polis Negeri Sembilan memandang serius terhadap ancaman bom dan tindakan segera akan dilakukan bagi memastikan pelajar sentiasa berada dalam persekitaran yang selamat dan ibu bapa tidak perlu risau keselamatan anak-anak mereka,” katanya.

Ahmad Dzaffir menjelaskan, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keepsake dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia atas kesalahan melakukan ancaman atau ugutan jenayah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya