Perubahan tempoh masa lampu isyarat, selesai kesesakan Jalan Mantin-Pajam-Nilai - Utusan Malaysia

Perubahan tempoh masa lampu isyarat, selesai kesesakan Jalan Mantin-Pajam-Nilai

J. ARUL Kumar ketika melihat keadaan trafik di beberapa persimpangan lampu isyarat Jalan Mantin-Pajam-Nilai di Nilai, Seremban yang sering mengalami masalah kesesakan kenderaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Perubahan tempoh masa lampu isyarat hijau di beberapa persimpangan lampu isyarat di Jalan Mantin-Pajam-Nilai di sini dilihat sebagai jalan penyelesaian jangka pendek bagi masalah kesesakan trafik yang berlaku di kawasan itu sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J. Arul Kumar berkata, telah berlaku kesesakan yang teruk sebelum ini susulan tindakan pemaju yang menurap jalan di persimpangan lampu isyarat kawasan Perindustrian Nilai 2, Jalan Pajam ke Nilai yang menyebabkan sensor di persimpangan jalan itu tidak dapat berfungsi.

“Ia susulan tindakan pemaju yang telah menurap jalan di persimpangan lampu isyarat kawasan Perindustrian Nilai 2, Jalan Pajam ke Nilai dan sensor tersebut tidak berfungsi sehingga telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas teruk berlaku.

“Saya memaklumkan kepada pemaju tersebut bahawa saya tidak ada halangan untuk pihak berkenaan membangunkan sesuatu kawasan tetapi  setiap pembangunan dan kerja-kerja yang dilakukan tidak boleh membawa masalah kepada pengguna jalan atau penduduk di sesuatu kawasan. 

“Hasil perbincangan, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menambahkan tempoh masa lampu hijau di jalan utama kedua-dua arah Pajam ke Nilai dan mengurangkan tempoh masa lampu hijau dari arah keluar dan masuk ke kawasan Perindustrian Nilai 2. 

“Perubahan yang dibuat dalam tempoh jangka pendek ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kesesakan teruk di jalan utama tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, keadaan trafik di laluan berkenaan sememangnya seringkali sesak terutamanya apabila waktu puncak.

“Keadaan laluan sedia ada tidak dapat menampung jumlah kenderaan yang banyak pada setiap hari. Sebagai langkah jangka masa panjang, laluan dua lorong itu dijangka akan dinaik taraf kepada laluan empat lorong. 

“Permohonan untuk menaik taraf laluan itu sudahpun dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan kelulusan termasuk daripada segi pengambilan tanah,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya