Perantau Kelantan mula kembali ke ibu kota

Perantau Kelantan mula kembali ke ibu kota

KENDERAAN pengguna melalui Jalan Gua Musang-Kuala Lipis berhampiran projek  pembinaan jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) untuk ke Kuala Lumpur di Gua Musang, Kelantan hari ini-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Anak Kelantan di perantauan kembali semula ke ibu kota selepas pulang ke kampung sempena cuti perayaan Deepavali sekali gus menyaksikan laluan Kuala Krai-Gua Musang-Kuala Lipis di sini mulai sibuk dengan kenderaan sejak tengah hari tadi.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati pertambahan kenderaan itu menyebabkan aliran traik bertukar menjadi perlahan menuju masuk ke sempadan Pahang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia seorang pengguna jalan raya, Johar Abdullah, 45, berkata, dia bertolak dari Kota Bharu pukul 12 tengah hari ini dan sampai di Hentian Gua Musang kira-kira pukul 4 petang.

Menurutnya, rata-rata mereka mahu pulang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kerja mereka selepas bercuti di kampung halaman sempena perayaan Deepavali.

“Kenderaan perantau dilihat sibuk menghala ke jalan Kuala Lumpur, namun aliran trafik masih terkawal.

“Saya tiba di bandar Gua Musang dan kenderaan sedikit sesak ketika ingin melalui Jalan Gua Musang-Kuala Lipis berhampiran projek  pembinaan jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU),” katanya.

Seorang lagi pengguna jalan raya, Mohd. Halim Ismail, 40, berkata, walaupun kenderaan dilihat semakin bertambah menuju keluar Kelantan, tetapi aliran trafik masih lagi terkawal.

Katanya, mereka sekeluarga merancang perjalanan tengah hari ini bagi mengelak kesesakan.

“Kami jangka sampai di Kuala Lumpur sebelum pukul 9 malam nanti. Saya harap aliran trafik di kawasan lain juga akan lancar dan kami selamat tiba di destinasi,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya