Penjawat awam Johor terima bonus dua bulan gaji - Utusan Malaysia

Penjawat awam Johor terima bonus dua bulan gaji

ONN HAFIZ GHAZI mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam semasa membentang Belanjawan Johor 2024 di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Penjawat awam negeri ini menerima bantuan khas kewangan sebanyak dua bulan gaji.

Berita baik itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam pembentangan Belanjawan Johor 2024 di Kota Iskandar, hari ini.

Menteri Besar berkata, bantuan itu turut melibatkan penjawat awam kerajaan Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri.

“Belanjawan Johor 2024 adalah belanjawan lebihan, bermaksud prestasi kutipan hasil kerajaan negeri telah mencapai sasaran. Justeru, selain membantu rakyat, kita juga mahu memberi penghargaan kepada penjawat awam.

“Sebagai mengiktiraf jasa mereka berdasarkan pencapaian, dengan sukacita saya umumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan 2023 sebanyak dua bulan gaji,” katanya semasa membentangkan Belanjawan Johor 2024 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini.

Beliau berharap bantuan khas kewangan itu akan menjadi pembakar semangat dan pemangkin motivasi kepada semua penjawat awam di negeri ini.

“Harapan saya adalah agar semua penjawat awam negeri ini terus bekerja keras dalam memberi perkhidmatan tidak berbelah-bahagi dengan cemerlang dalam memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat Johor,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya