Penduduk Kampung Tersang sudah berkemas selepas air Sungai Lancang mulai melimpah

Penduduk Kampung Tersang sudah berkemas selepas air Sungai Lancang mulai melimpah

PERAHU menjadi pengangkutran selepas kawasan rumah ditenggelami banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Kira-kira 60 keluarga di Kampung Tersang di sini sudah mula berkemas sebagai langkah awal menghadapi banjir selepas air kawasan rumah mereka mula digenangi air limpahan Sungai Lanchang sejak pagi tadi.

Tinjauan Utusan Malaysia pagi mendapati penduduk sudah mula memindahkan haiwan ternakan dan kenderaan dipindahkan ke tempat lebih selamat selepas kawasan rumah mereka mula digenangi air sedalam 0.5 meter.

Seorang penduduk, Mohd. Nawi Abdullah, 53, berkata, air naik mendadak secara mendadak malam kelmarin menyebabkan bahagian dapur mula ditenggelami air.

“Sebagai langkah awal, saya mula berkemas dan membawa semua barang-barang penting ke tempat tinggi.

“Barang keperluan dapur seperti beras, ikan kering juga sudah dibeli untuk menghadapi musim banjir ini,” katanya ketika ditemui hari ini.

Mohd. Nawi memberitahu, dia menjangkakan jika hujan lebat berterusan besar kemungkinan penduduk akan berpindah ke pusat pemindahan banjir (PPS) dalam masa terdekat.

Katanya, walaupun sudah lali dengan banjir namun persiapan awal sudah dilakukan dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan suasana panik.

Seorang lagi penduduk, Mohd Azizi Din, 29, berkata, halaman rumahnya digenangi air sedalam 0.5 meter.

“Keluarga saya juga sudah membuat persiapan dengan menyimpan barang-barang penting di tempat tinggi khuatir air semakin naik,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya