Penduduk dakwa projek LTU punca banjir kilat di Kampung Lepan jaya

Penduduk dakwa projek LTU punca banjir kilat di Kampung Lepan jaya

SEORANG penduduk menunjukkan kawasan rumahnya yang dilanda banjir kilat selepas hujan berterusan selama satu jam di Kampung Lepan Jaya, Gua Musang, Kelantan. UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Penduduk di Kampung Lepan Jaya di sini mendakwa banjir kilat yang sering ‘menghantui’ mereka berpunca dari pembinaan projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang sedang berjalan ketika ini.

Seorang penduduk Hazhari Hamat, 57, mendakwa, dua sudah kali mereka berdepan dengan masalah itu pada tahun ini yang berpunca dari keadaan tersebut.

Menurutnya, selain itu keadaan sungai yang cetek turut mempercepatkan lagi banjir kilat apabila tidak dapat menampung kapasiti air akibat hujan lebat.

“Dua banjir kilat yang melanda kali ini boleh disifatkan paling buruk selepas bah kuning 2014 lalu.

Kami berharap pihak berkuasa dapat membantu penduduk yang sering terlibat dengan banjir kilat termasuklah menyelenggara kawasan perparitan sebelum musim tengkujuh tiba,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk Siti Rosmalinda Mohd. Yusoff, 34, memberitahu, air mula naik kurang dari sejam selepas hujan mula melanda kampung itu pada pukul 5 petang semalam.

Katanya, air yang naik dengan cepat itu menyebabkan mereka tidak sempat membawa kereta dan motosikal ke tempat yang lebih selamat.

“Kira dalam masa satu jam selepas hujan, air sudah naik sehingga melebihi paras lutut,” ujarnya.

Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia mendapati lebih 10 buah rumah penduduk di kawasan itu ditenggelami banjir kilat sekali gus menyaksikan mereka mengalami kerugian ribuan ringgit.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya