BACHOK: Seorang pemuda dan lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung dalam kejadian di Jalan Kandis-Tok Bali di sini semalam.
Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa maut dilokasi selepas mengalami kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Bachok Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan berkait kejadian itu pada pukul 11.35 malam.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati mangsa pertama yang berusia 54 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari arah Tok Bali.
“Siasatan awal mendapati sejurus tiba di lokasi, motosikal ditunggang pemuda berusia 21 tahun telah datang secara tiba-tiba dari arah bertentangan.
“Situasi itu menyebakan kedua-dua motosikal mereka telah bertembung. Pelanggaran itu menyebakan mangsa pertama telah jatuh di laluan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohamad Ismail memberitahu, motosikal pemuda itu kemudiannya telah hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan.
“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mereka telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) untuk dibedah siasat
“Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya-UTUSAN