Pembekal, peniaga jangan ambil kesempatan naikkan harga ayam - Utusan Malaysia

Pembekal, peniaga jangan ambil kesempatan naikkan harga ayam

JALALUDDIN Alias (kiri) menyampaikan tunggakan elaun kepada sebahagian pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Negeri Sembilan di Rembau hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Golongan pembekal mahupun peniaga negeri ini diingatkan untuk tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ayam selepas kerajaan membuat keputusan menamatkan subsidi ayam berkuat kuasa semalam.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, penguatkuasaan dari semasa ke semasa sudah tentu akan dijalankan oleh agensi berkaitan bagi memastikan tindakan diambil terhadap mereka yang melakukannya.

“Selepas penamatan subsidi itu, ada pasar raya mampu menjual ayam dengan harga RM7.99 sekilogram dan saya tidak menolak senario berkenaan juga boleh berlaku di pasaran luar bandar serta di bandar.

“Setakat ini di Negeri Sembilan, harga ayam masih lagi terkawal, ada satu dua rungutan yang saya dengar. Saya sudah berbincang Exco (berkaitan) untuk kami melakukan penguatkuasaan dari semasa ke semasa. 

“Penguatkuasaan kepada pembekal-pembekal, kepada pekedai-pekedai untuk pastikan tidak mengambil kesempatan di atas pendekatan kerajaan. Pemain-pemain dalam industri ini mestilah mendukung hasrat kerajaan, tidak ambil kesempatan di atas kesusahan rakyat dan tidak ambil kesempatan di atas sistem atau pendekatan terbaharu yg dilakukan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Elaun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Negeri Sembilan di Chembong, di sini, hari ini.

Seramai 741 individu terdiri daripada 372 orang Pengerusi JPKKP dan 369 orang setiausaha jawatankuasa berkenaan menerima tunggakan elaun selama lapan bulan dengan melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM3.7 juta.

Sementara itu ketika mengulas lanjut, Jalaluddin berkata, kerajaan mempunyai alasan kukuh untuk menamatkan subsidi berkenaan iaitu menerusi pendekatan bersasar yang menumpukan golongan benar-benar memerlukan bagi setiap bantuan daripada kerajaan.

“Kerajaan sekarang sedang mengklasifikasikan jenis-jenis subsidi yang harus dikekal dan ditamatkan untuk menyasarkan golongan benar-benar ;ayak menerima subsidi berkenaan. 

“Apabila subsidi ni ditamatkan, persepi rakyat adalah harga bekalan kepada item-item yang ditamatkan subsidi ini kemungkinan besar akan naik tetapi ini semua boleh saya katakan bergantung kepada pasaran ataupun bergantung kepada bekalan kita,” jelasnya lagi. –UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya