Pelari pecut Asia Tenggara bukan lagi picisan

Pelari pecut Asia Tenggara bukan lagi picisan

Veronica Shanti Pereira membuktikan atlet acara pecut Asia Tenggara mampu menyaingi pelari-pelari Asia lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ratu pecut Asia, Veronica Shanti Pereira menjelaskan pelari pecut rantau Asia Tenggara sudah berupaya untuk menjadi pencabar serius di kejohanan utama dunia, sekali gus menghapus stigma sekadar pelengkap acara sahaja.

Shanti telah mencipta sensasi buat Singapura apabila meraih pingat emas lari pecut 200 meter (m) ketika Sukan Asia Hangzhou 2022 bulan lalu, di samping merangkul dua pingat emas ketika Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand pada Julai.

Bagi pelari pecut berusia 27 tahun itu, kejayaan bersejarahnya itu turut menyemarakkan lagi kebangkitan beberapa pelari pecut Asia Tenggara untuk tahun ini seperti Puripol Boonson (Thailand) yang meraih pingat perak acara pecut 100m di Hangzhou bersama-sama jaguh negara, Muhd Azeem Fahmi yang membawa pulang pingat gangsa.

Malah, kuartet 4x100m wanita Thailand dan Malaysia juga turut berjaya menuai pingat perak dan gangsa di temasya sukan itu.

Justeru Shanti melihat ia satu perkembangan positif memandangkan sebelum ini kebanyakkan pelari yang hadir dari rantau Asia Tenggara tidak dipandang serius oleh beberapa negara besar Asia.

“Saya rasa ini perkara yang menakjubkan, dalam acara wanita, kita ada saya, pelari Malaysia (Shereen Samson Vallabuoy), dan pelari Filipina, (Robyn Lauren Brown) yang ketika ini sedang menyinar di kejohanan antarabangsa.

“Anda dapat rasakan kebanggaan itu apabila melihat rakan jiran tetangga memenanginya di pentas Sukan Asia. Ini menunjukkan kita sudah meletakkan tahap prestasi kita di aras yang terbaik.

“Jika sebelum ini, negara-negara Asia mungkin memandangkan kita sebagai pencabar yang kecil, tetapi kini tidak lagi,” jelas Shanti yang ditemui selepas menjadi panel jemputan untuk Persidangan Wanita Dalam Sukan ASEAN 2023 di Subang Jaya, semalam.

Tambah Shanti, dia kini akan memberikan tumpuan kepada Sukan Olimpik Paris 2024 selepas berjaya melayakkan diri ke temasya sukan terbesar dunia itu pada tahun hadapan.

Jaguh Singapura itu telah menampilkan aksi memberangsangkan apabila berjaya nelakar sejarah mara ke separuh akhir acara 200m di Kejohanan Olahraga Dunia, Budapest pada Ogos lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya