‘Pelajar tajaan Mara diingat jauhi aktiviti tidak bermoral’ - Utusan Malaysia

‘Pelajar tajaan Mara diingat jauhi aktiviti tidak bermoral’

Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelajar Tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di luar negara  diingatkan untuk tidak terlibat dengan sebarang aktiviti tidak bermoral yang melanggar kepentingan pelajar dan agensi.

Peringatan itu ditekankan Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu catatan di laman sosial.

“Sebarang perlanggaran boleh dikenakan tindakan amat tegas!,” katanya.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada kebimbangan ibu bapa kepada penuntut Malaysia di United Kingdom seperti yang disuarakan Ketua Penerangan Pas, Fadhli Shaari di media sosial, semalam.

Kebimbangan itu berkaitan dengan satu program yang turut menerima tajaan dari satu agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, Education Malaysia yang antara lain mengandungi aktiviti afterparty di salah sebuah kelab malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya