Pasukan Liga Super gegar Asia

Pasukan Liga Super gegar Asia

KELAB Johor Darul Ta'zim (JDT) sukar digugat di Liga Malaysia (Liga M) kerana mempunyai pihak pengurusan terbaik dengan sokongan kewangan yang kukuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kecemerlangan tiga pasukan Liga Super di pentas Asia minggu ini yang mencatatkan kemenangan ke atas lawan masing-masing menyerlahkan lagi era kegemilangan bola sepak Malaysia ketika ini.

Minggu gemilang bola sepak Malaysia dimulakan dengan kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menewaskan juara Liga K1 Korea, Ulsan Hyundai dengan keputusan 2-1 pada aksi Liga Juara-Juara AFC.

JDT kini berada di tangga ketiga kumpulan I dengan mengumpul enam mata, iaitu berkongsi mata dengan Ulsan ketika saingan masih berbaki dua perlawanan dan Harimau Selatan perlu mengutip mata sebanyak mungkin untuk layak ke pusingan kedua.

Pada 8 November, Terengganu FC pula mempamerkan kebangkitan luar biasa di Piala AFC selepas ketinggalan 2-0 sebelum mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 3-2 ke atas wakil Filipina, Stallion Laguna.

Berbaki dua perlawanan, Terengganu yang kini mengutip lapan mata di Kumpulan G hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk mengesahkan tempat mereka ke peringkat kalah mati.

Manakala satu lagi wakil Malaysia yang beraksi di Piala AFC, Sabah FC terus membuktikan kewibawaan mereka dengan kemenangan besar 4-1 ke atas kelab Vietnam, Hai Phong FC, semalam.

Kini Sabah gah memimpin carta kumpulan H Piala AFC dengan mengumpul 9 mata selepas 4 perlawanan yang diharungi. Berbaki dua perlawanan, Sabah hanya perlukan satu kemenangan sahaja lagi untuk melayakkan mereka ke peringkat seterusnya.

Legenda bola sepak negara, Datuk Hassan Sani berkata, kejayaan ketiga-tiga pasukan itu menunjukkan mutu Liga Malaysia (Liga M) yang semakin baik dan mampu melahirkan pasukan yang boleh bersaing di pentas Asia.

“Ketiga-tiga pasukan kita JDT, Terengganu dan Sabah menang di pentas Asia dan mempunyai peluang untuk mara ke peringkat seterusnya. Perkembangan ini menjadi kebanggaan kita dan membuka mata banyak pihak.

“Selain meningkatkan ranking pasukan, mereka juga menaikkan nama dan mutu Liga M. Saya berharap, antara tiga pasukan ini dapat mara ke pentas final dan membuktikan bahawa pasukan Malaysia mempunyai kualiti yang baik,” katanya.

Dalam pada, Hassan berkata, dengan peningkatan mutu permainan di Liga dan kejayaan mara lebih jauh di pentas AFC, akan membolehkan pemain import lebih berkualiti berminat untuk bermain di Liga M.

“Bagaimanapun, iatu semua bergantung kepada kantung pasukan. Jika ada import lebih bagus, itu perkara yang positif dan satu perkembangan yang baik,” kata Hassan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya