Pas 'diingat' hati-hati pertahan Kemaman, jangan angkuh - Tengku Haphiz - Utusan Malaysia

Pas ‘diingat’ hati-hati pertahan Kemaman, jangan angkuh – Tengku Haphiz

TENGKU HAPHIZ TENGKU PUTERA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Pas ‘diingatkan’ supaya berhati-hati mempertahankan Parlimen Kemaman dan jangan angkuh kononnya Barisan Nasional (BN) tidak berupaya merampas kerusi itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan tersebut, 2 Disember ini.

Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, walaupun mustahil, jika diinginkan Allah SWT, apa-apa pun boleh berlaku di Kemaman.

“Dalam PRK kali ini, Pas bukan sahaja kena menang tapi kena pertahankan majoriti yang diperolehi seperti keputusan sebelum ini.

“Baru ngam Menteri Besar jadi menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) nanti. Kalaulah jadi kerajaan nanti,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang ‘mengingatkan’ UMNO supaya tidak berbelanja besar bagi memenangi kerusi Parlimen Kemaman.

Ahmad Fadhli dilaporkan sebagai berkata, jentera UMNO diharap berpijak di atas realiti bahawa mereka mustahil untuk merampas kerusi parlimen berkenaan.

“Jika ada kemungkinan UMNO boleh menang di Kemaman, nescaya calonnya tentulah Datuk Seri Ahmad Said atau paling tidak Datuk Seri Ahmad Shabery Chik.

“Tetapi kerana mustahil untuk menang, diletakkan orang baharu yang kalau kalah besar sekalipun, tidaklah malu sangat.

“Jadi, atas sebab realiti.. ‘dana-dana’ yang turun itu simpan sahajalah, tak payahlah belanja semua. Itu lebih baik daripada dihabiskan untuk misi mustahil ini,” kata Ahmad Fadhli dalam hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Tengku Haphiz berkata, UMNO memang tidak pernah berbelanja besar di Kemaman.

“Yang berbelanja besar untuk menang Parlimen Kemaman adalah Pas hingga sanggup merasuah. Bukan saya kata, mahkamah yang kata.

“Tak pasal-pasal perlu diadakan pilihan raya semula,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya