Paramedik Komuniti Melaka di 339 kampung

Paramedik Komuniti Melaka di 339 kampung

AB. Rauf Yusoh ketika membentangkan Belanjawan 2024 Melaka pada Sidang DUN di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri akan memperkenalkan perkhidmatan Paramedik Komuniti Melaka di setiap 339 buah kampung pada tahun depan bagi memberi bantuan kecemasan awal dan sokongan moral kepada rakyat ditimpa musibah.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, inisiatif di bawah program kesihatan itu melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM500,000.

Kata beliau, Melaka merupakan negeri pertama melaksanakannya dan perkhidmatan itu diletakkan di bawah naungan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB).

“Paramedik Komuniti Melaka terdiri daripada tiga orang sukarelawan yang dipilih oleh JPKK serta JPKKB dan elaun sukarelawan akan dibiayai oleh kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun).

“Sukarelawan akan diberikan latihan oleh agensi yang diiktiraf seperti Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta dibekalkan dengan peralatan perubatan yang bersesuaian.

“Selain di kawasan kampung, sukarelawan ini turut ditempatkan di kawasan tumpuan pelancong bagi memberi bantual awal kepada yang memerlukan,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2024 Melaka pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Ab. Rauf, kerajaan negeri akan meneruskan Bantuan Melaka Sara Rakyat (Mesra) kepada yang layak.

Menurutnya, Bantuan Mesra Am Kebajikan akan dimanfaatkan 5,423 golongan B40 dengan implikasi kewangan berjumlah RM16.1 juta.

“Jumlah ini adalah sebagai tambahan kepada 21,319 orang penerima bantuan yang disediakan oleh kerajaan Persekutuan. Bantuan Mesra Ketua Isi Rumah Miskin melibatkan seramai 1,098 orang dan penerima bantuan dibayar upah atas kerja-kerja pembersihan yang dilakukan di masjid, surau dan tanah perkuburan.

“Bantuan Mesra Bayi Melaka iaitu bantuan RM50 ringgit bagi pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime untuk setiap bayi yang lahir pada 2024. Bayi yang lahir di negeri ini pada hari pembentangan Bajet 2024 akan menerima bantuan RM150 ringgit seorang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya