Orang Asli Pos Tohoi jumpa kesan tapak kaki pak belang

Orang Asli Pos Tohoi jumpa kesan tapak kaki pak belang

TAPAK kaki harimau belang dikesan di kawasan kebun getah penduduk Orang Asli di Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan.-IHSAN PENDUDUK.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kira-kira 800 penduduk Orang Asli di Pos Tohoi di sini hidup dalam ketakutan selepas ada antara mereka menjumpai kesan tapak kaki harimau belang atau pak belang berhampiran kawasan kebun getah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Tohoi, Ajeh Baharom berkata, kelibat haiwan karnivor itu dilihat buat kali pertama pada Isnin lalu minggu lalu selepas berkeliaran

Menurutnya, penduduk percaya haiwan liar itu masih berkeliaran di kawasan kebun getah penduduk apabila menjumpai kesan tapak kaki harimau.

“Kelibat harimau belang dikesan kali pertama dilihat penduduk pada Isnin minggu lalu dan haiwan liar itu dipercayai masuk ke penempatan penduduk melalui sebelah asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi.

“Harimau terbabit berkeliaran di kawasan kampung selama empat hari sehingga menimbulkan ketakutan kepada kami di sini. Kelibat haiwan itu dikesan dua hari lalu di kawasan perkampungan kami,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Ajeh memberitahu, penduduk kampung belang sudah membuat laporan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berhubung perkara itu.

Katanya, pihak Perhilitan sudah datang dua hari lalu dan dia sendiri membawa anggota Perhilitan ke kawasan kelibat harimau belang berkeliaran dan kesan tapak kakinya.

Seorang lagi penduduk, Ali Angah, 49, berharap pihak Perhilitan dapat mengambil tindakan segera termasuk memasang perangkap untuk menjamin keselamatan dan meredakan kebimbangan penduduk di kawasan itu.

Katanya, keluarganya ketika ini hanya berkurung di dalam rumah dan tidak ke kebun kerana takut dengan ancaman harimau belang.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan dan Terengganu, Zarina Razlan berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada penduduk Orang Asli berkaitan ancaman haiwan liar seperti gajah dan harimau di kawasan penempatan terbabit.

Katanya, pihaknya berharap penduduk Orang Asli tidak melakukan tindakan sendiri yang boleh mengancam nyawa dan keselamatan ahli keluarga mereka.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya