MyAQSA mahu seret Israel ke ICC

MyAQSA mahu seret Israel ke ICC

LEBIH 100 kakitangan Taman Tamadun Islam (TTI) berhimpun berlatarkan monumen 'Dome of the Rock' bagi menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin di Kuala Terengganu, semalam. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yayasan MyAQSA (MyAQSA) bakal mengheret Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dalam bulan ini susulan kekejaman berterusan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Pengerusinya, Lukman Sheriff Alias berkata, pasukan undang-undang MyAQSA akan mengemukakan bukti-bukti mengenai kekejaman dan jenayah perang yang dilakukan oleh Israel.

Menurutnya, MyAQSA beker­jasama dengan kerajaan Palestin dan Kedutaan Palestin di Malaysia dalam mengumpulkan segala bukti-bukti tersebut bagi memastikan rejim Zionis dapat didakwa di ICC.

“Pasukan undang-undang kami akan bertemu secara peribadi dengan pendakwa raya ICC di The Hague, Belanda berhubung penyediaan dan persiapan terhadap bukti-bukti itu, dengan harapan satu tindakan segera dapat diambil.

“Pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh rejim Zionis Israel adalah jenayah terang-terangan terhadap pembersihan kaum, jenayah menindas kemanusiaan serta jenayah perang yang mana ia di bawah bidang kuasa ICC serta Statut Rom,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Kedutaan Palestin di Malaysia di sini.

Lukman Sheriff berkata, MyAQSA percaya penting untuk komuniti antarabangsa mengambil tindakan proaktif terhadap kekejaman yang dilakukan oleh Israel secara berterusan.

“Kami menyeru Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menubuhkan sebuah majlis keselamatan dan pasukan pengamannya sendiri dalam menangani perkara ini. Malaysia yang merupakan ahli perlu memainkan peranan utama untuk menyokong dan mencadangkan inisiatif ini.

“Kami juga sangat mengesyorkan seluruh negara Islam melakukan boikot dan menghentikan segala bentuk perniagaan serta perdagangan dengan Israel sebagai tanda protes terhadap kekejaman mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya