Muhyiddin gagal dapat semula pasportnya secara kekal - Utusan Malaysia

Muhyiddin gagal dapat semula pasportnya secara kekal

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya dibenarkan untuk mendapatkan kembali pasportnya secara sementara.

Hakim Azura Alwi memutuskan demikian atas alasan bekas Perdana Menteri itu masih mempunyai tiga lagi pertuduhan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram.

Selain itu, Azura menyatakan adalah pramatang pada peringkat ini membenarkan permohonan Muhyiddin untuk mengubah syarat jaminan bon dan melepaskan pasport tanpa syarat.

Pada 16 Oktober lalu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri memfailkan permohonan untuk mendapatkan semula pasportnya secara kekal dan tanpa syarat.

Menurut afidavit sokongan yang difailkan, Muhyiddin memohon mendapatkan semula pasport bagi membolehkan beliau bercuti bersama keluarga di luar negara kerana ia merupakan satu kebiasaan buatnya sekeluarga untuk bercuti selama sebulan setiap tahun.

Katanya, percutian itu penting bagi membolehkan masa diluangkan bersama kerana dirinya dan keluarga amat tertekan pada tahun ini.

Selain itu, Muhyiddin turut memberikan alasan hendak ke Singapura bagi menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Mount Elizabeth yang didakwa mempunyai teknologi canggih bagi membolehkannya membuat pemeriksaan jantung tanpa ujian stres jantung atas ‘treadmill’ atau pengisar injakan.

Ujarnya, beliau pernah menjalani pemeriksaan serupa di Klinik Mayo di Amerika Syarikat (AS) namun memilih untuk membuat pemeriksaan tersebut di Singapura. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN