Muhammad Razif teruskan kecemerlangan di UTM - Utusan Malaysia

Muhammad Razif teruskan kecemerlangan di UTM

MUHAMMAD RAZIF SHAH ABDUL LATIF menunjukkan pingat kepada isterinya, Nurul Amira Osman pada Majlis Penyampaian Anugerah Dekan dan Hadiah Akademik Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (UTM SPACE) sempena Majlis Konvokesyen Ke-67 UTM di Pulai Spring Resort, Skudai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bekas penuntut cemerlang Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak sekali lagi dipilih graduan cemerlang di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Muhammad Razif Shah Abdul Latif, 31, menerima Anugerah Naib Canselor pada majlis Penyampaian Anugerah Dekan dan Hadiah Akademik Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (UTM SPACE) dengan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.97 pada Majlis Konvokesyen Ke-67 UTM, di sini.

Memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) St. Michael, Ipoh dari tahun 1999 hingga 2004 sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Michael dari 2005 hingga 2009 dan kemudian melanjutkan pengajian  Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Ungku Omar serta dinobatkan sebagai penuntut cemerlang.

“Saya mula mengikuti pengajian di UTM SPACE pada 2017 secara pengajian jarak jauh (PJJ) dan setiap minggu akan ke UTM Kuala Lumpur dari Ipoh bagi mengikuti kelas.

“Walaupun terpaksa menghabiskan selama lima tahun, saya rasa pengorbanan ini amat berbaloi kerana berjaya menggenggam segulung ijazah,” katanya kepada Utusan Malaysia di Pulai Spring Resort, Skudai.

Dia yang baharu menikah dengan Nurul Amira Osman, 30, menyifatkan anugerah itu adalah hadiah paling bermakna dan istimewa bagi diri dan isterinya.

Berpengalaman dalam projek pembinaan landasan dan stesen Transit Aliran Massa (MRT), Muhammad Razif meneruskan kariernya dalam  sektor hartanah, akuakultur dan dalam masa yang sama menyambung pengajian secara separuh masa dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah di UTM.

Pada majlis konvokesyen kali ini, seramai 371 penuntut dipilih sebagai Anugerah Naib Canselor, Anugerah Dekan, Anugerah Graduan Terbaik, Anugerah Kecemerlangan Akademik, Anugerah Alumni, Hadiah Akademik dan Hadiah Khas bagi Kategori Suami-Isteri, Adik-Beradik serta Orang Kurang Upaya yang disampaikan oleh Pengerusi UTM SPACE, Prof. Ts Dr. Nazri Ali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya