LONDON: Juara dunia lapan kali kali Marc Marquez menyifatkan selekoh panjang di Litar Antarabangsa Petronas Sepang akan menguji kemampuannya untuk mengulangi pencapaian sebelum ini termasuk menduduki tempat keenam di MotoGP Thailand sebelum ini.
Dia berkata, litar Sepang sentiasa memberikan cabaran buat pelumba termasuk dirinya walau sehebat mana sekalipun pencapaian mereka di mana-mana litar di tempat lain.
Marquez akan menghabiskan tiga perlumbaan terakhirnya sebagai pelumba pasukan Repsol Honda MotoGP di Malaysia pada hujung minggu ini sebelum membuat penampilan sulung bersama Gresini Ducati.
Dia akan menyertai pasukan baharu itu dalam ujian pra musim di Valencia pada 28 November ini.
“Kembali bekerja dan kembali mendepani antara perlumbaan terakhir tahun ini, ia akan menjadi tiga perlumbaan yang sangat sengit. Yang pertama kami hadapi adalah Sepang, litar yang sentiasa memberi cabaran kepada kami.
“Kami telah kuat pada beberapa perlumbaan terakhir, tetapi saya fikir secara jujur di Sepang ia akan menjadi sukar. Selekoh yang lebih panjang lebih sukar bagi kami tahun ini, tetapi sudah tentu kami akan terus mencuba dan melihat apa yang mungkin.
“Mari kita pastikan ia bagus dan mulakan penghujung 2023,” kata Marqueza yang merujuk kepada tiga perlumbaan terakhir tahun ini iaitu di Sepang, Qatar dan Valencia.
Marquez meraih mata dalam tujuh perlumbaan terakhir dan rakan sepasukannya, Joan Mir merasakan kelemahan di peringkat kelayakan adalah punca utama mereka sukar menaiki podium.
“Walaupun keputusan di atas kertas mungkin tidak menunjukkannya sepenuhnya, kami telah menjadi lebih baik dan lebih baik sejak beberapa minggu lalu.” – AGENSI/UTUSAN