Misi mustahil Perak sekat JDT

Misi mustahil Perak sekat JDT

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) menjalani latihan – Ihsan JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atas kertas Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka menepati ramalan ke perlawanan akhir Piala Malaysia berdasarkan bekalan selesa 4-1 dalam pertemuan separuh akhir pertama di Ipoh, sebelum ini.

Beraksi di laman sendiri memberi kelebihan kepada JDT untuk mengekang kebangkitan Perak yang dijangka dari awal akan berdepan dengan tugas sukar di tempat lawan, apatah bermain di depan ribuan penyokong setia Harimau Selatan.

Skuad JDT kendalian Esteban Solari hanya perlu menamatkan tempoh 90 permainan tanpa bolos bagi meneruskan misi mempertahankan kejuaraan.

Pun begitu, Solari mengingatkan skuad Harimau Selatan agar tidak memandang rendah keupayaan skuad bimbingan ketua jurulatih Perak, Yusri Che Lah yang menunjukkan perkembangan positif sejak akhir-akhir ini.

Sementara itu, Perak FC tetap akan memberi saingan kepada JDT biarpun menyedari hakikat misi yang mustahil.

Yusri sendiri sedar laluan sukar dihadapi anak buahnya tetapi belum sedia untuk menye­rah kalah.

“Harapan saya untuk melihat bagaimana pemain cuba memberikan saingan kepada JDT.

“Saya sedar keputusan sebelum ini agak besar jurang jaringannya tetapi itu bukan bererti kami hadir untuk menjadi mang­sa bahaman mereka,” katanya.

Sebaliknya Yusri sedar mencapai kejayaan ke atas juara bertahan itu hampir mustahil.

Justeru, jurulatih itu berkata, kesungguhan dan aksi terpuji daripada anak didiknya menjadi keutamaan pada perlawanan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN